XtGem Forum catalog
Bismillah

**Pengertia puasa
Puasa ialah menahan diri dari
makan dan minum serta
melakukan perkara-perkara
yang boleh membatalkan puasa
mulai dari terbit fajar sehingga
terbenamnya matahari.
Hukum puasa
Hukum puasa terbahagi kepada
tiga iaitu :
¤ Wajib – Puasa pada
bulan Ramadhan.
¤ Sunat – Puasa
pada hari-hari tertentu.
¤ Haram
– Puasa pada hari-hari
yang dilarang berpuasa.
Syarat Wajib Puasa
1. Beraga islam
2. Baligh (telah mencapai umur dewasa)
3. Berakal
4. Berupaya untuk mengerjakannya
5. Sehat-6. Tidak musyafir
Rukun puasa
1. Niat mengerjakan puasa pada tiap-tiap malam di bulan Ramadhan(puasa wajib) atau hari yang hendak berpuasa (puasa sunat). Waktu berniat adalah mulai daripada terbenamnya matahari sehingga terbit fajar.
2. Meninggalkan sesuatu yang membatalkan puasa mulai terbit fajar sehingga masuk matahari.
Syarat Sah Puasa
1. Beraga islam-2. Berakal
3. Tidak dalam haid, nifas dan wiladah (melahirkan anak) bagi kaum wanita
4. Hari yang sah berpuasa.
Sunnat puasa
1. Bersahur walaupun sedikit makanan atau minuman
2. Melambatkan makan sahur
3. Meninggalkan perkataan atau perbuatan keji
4. Segera berbuka setelah masuknya waktu berbuka
5. Mendahulukan berbuka daripada sembahyang Maghrib
6. Berbuka dengan buah tamar, jika tidak ada dengan air
7. Membaca doa berbuka puasa
Perkara Makruh Ketika Berpuasa
1. Selalu berkumur-kumur
2. Merasai makanan dengan lidah
3. Berbekam kecuali perlu
4. Mengulum sesuatu
Hal yang membatalkan Puasa
1. Memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan
2. Muntah dengan sengaja
3. Bersetubuh atau mengeluarkan mani dengan sengaja
4. kedatangan haid atau nifas
5. Melahirkan anak atau keguguran
6. Gila walaupun sekejap
7. Mabuk ataupun pengsan sepanjang hari
8. Murtad atau keluar daripada agama Islam
Hari yang Disunatkan Berpuasa
¤ Hari Senin dan Kamis
¤ Hari putih (setiap 13, 14, dan 15 hari dalam bulan Islam)
¤ Hari Arafah (9 Zulhijjah) bagi orang yang tidak mengerjakan haji
¤ Enam hari dalam bulan Syawal
Hari yang diharamkan Berpuasa
¤ Hari raya Idul Fitri (1 Syawal)
¤ Hari raya Idul Adha (10 Zulhijjah)
¤ Hari syak (29 Syaaban)
¤ Hari Tasrik (11, 12, dan 13 Zulhijjah)
Sumber=Sunnatullah

<< kembali