80s toys - Atari. I still have
Hal 7
Wassalam
RUKUN IMAN

Pengertian rukun iman
1.Pengertian Rukun Iman
1.1 Definisi: Aqidah
Kata "‘aqidah" diambil dari kata
dasar "al-‘aqdu" yaitu ar-rabth
(ikatan), al-Ibraam (pengesahan),
al-ihkam(penguatan), at-
tawatstsuq(menjadi kokoh, kuat)
, asy-syaddu biquwwah (pengikatan dengan kuat), at-
tamaasuk(pengokohan) dan al-
itsbaatu(penetapan). Di
antaranya juga mempunyai arti
al-yaqiin(keyakinan) dan al-jazmu
(penetapan). "Al-‘Aqdu" (ikatan) lawan kata
dari al-hallu(penguraian,
pelepasan).
Dan kata tersebut
diambil dari kata kerja: "
‘Aqadahu"
"Ya'qiduhu" (mengikatnya), " ‘Aqdan" (ikatan sumpah), dan "
‘Uqdatun Nikah" (ikatan
menikah). Allah Ta'ala berfirman,
"Allah tidak menghukum kamu
disebabkan sumpah-sumpahmu
yang tidak dimaksud (untuk bersumpah), tetapi dia
menghukum kamu disebabkan
sumpah-sumpah yang kamu
sengaja ..." (Al-Maa-idah : 89).
Aqidah artinya ketetapan yang
tidak ada keraguan pada orang
yang mengambil keputusan.

Sedang pengertian aqidah dalam
agama maksudnya adalah
berkaitan dengan keyakinan bukan perbuatan. Seperti aqidah
dengan adanya Allah dan
diutusnya pada Rasul. Bentuk
jamak dari aqidah adalah aqa-id.
(Lihat kamus bahasa: Lisaanul
‘Arab, al-Qaamuusul Muhiith dan al-Mu'jamul Wasiith: (bab:
‘Aqada).
Jadi kesimpulannya, apa yang
telah menjadi ketetapan hati
seorang secara pasti adalah
aqidah; baik itu benar ataupun
salah.
Dari Abdullah bin Abdul Hamid Al- Atsari dari buku Aqidah Islamiyah terbitan indonesia
1.2 Definisi Iman
Dalam menjelaskan definisi akidah
ada disebut perkataan
kepercayaan atau keimanan. Ini
disebabkan Iman merupakan
unsur utama kepada akidah.
Iman
ialah perkataan Arab yang bererti percaya yang
merangkumi ikrar (pengakuan)
dengan lidah, membenarkan
dengan hati dan mempraktikkan
dengan perbuatan. Ini adalah
berdasarkan sebuah hadis yang bermaksud :
"Iman itu ialah
mengaku dengan lidah,
membenarkan di dalam hati dan
beramal dengan anggota".
(al-Hadis)
Walaupun iman itu merupakan
peranan hati yang tidak
diketahui oleh orang lain selain
dari dirinya sendiri dan Allah swt
namun dapat diketahui oleh
orang melalui bukti-bukti amalan. Iman tidak pernah berkompromi
atau bersekongkol dengan
kejahatan dan maksiat.
Sebaliknya iman yang mantap di
dada merupakan pendorong ke
arah kerja-kerja yang sesuai dan secucuk dengan kehendak
dan tuntutan iman itu sendiri.
Iman dengan makna tasdiq juga
dinamakan akidah di mana
rahsianya tidak diketahui sesiapa
melainkan orang berkenaan dan
Allah swt. Namun demikian
manusia mempunyai sifat-sifat lahiriah yang dapat dilihat melalui
tingkah laku manusia sama ada
melalui percakapan atau
perbuatan. Inilah yang menjadi
ukuran keimanan seseorang.
Adapun segala yang tersirat di dalam hatinya terserah kepada
Allah swt
. Iman yang melahirkan
penyerahan diri kepada Allah itu
juga disebut sebagai Islam. Ini
bermaksud seseorang yang
beriman hendaklah menyerah diri kepada Allah swt dengan
menerima segala hukum dan
syariat yang diturunkan Ilahi.

Penyerahan dan penerimaan ini
berlaku dengan dua perkara
iaitu
(i) dengan kepercayaan dan
pegangan hati yang dinamakan
Iman (akidah) da n
(ii) melalui sifat-sifat lahiriah iaitu
melalui perkataan dan perbuatan
(amalan) dinamakan Islam.
Nabi
Muhammad saw telah juga
menunjukkan penggunaan
kalimah Iman dalam pengertian amal sebagaimana sabdanya
yang bermaksud :
"Iman
terbahagi lebih enam puluh
bahagian, yang paling tinggi ialah
mengucap kalimah "Lailahaillallah"
dan yang paling rendah ialah membunag benda-benda yang
boleh menyakitkan orang di
jalan".
(Riwayat Muslim)
Oleh yang demikian jelas di sini
Iman dan Islam mempunyai
hubungan yang rapat dan tidak
mungkin dipisahkan. Islam
umpama pohon sementara Iman
umpama akar sesepohon kayu. Kesuburan dan kekuatan akar
pokok tersebut dapat dilihat
dengan kesuburan pokok pada
daun, ranting dan dahannya.

Dalam menjelaskan tentang
hubungan Iman dan Islam ini kita petik sebuah hadis sabda Nabi
saw kepada rombongan Abdul
Qias yang bermaksud:

"Aku menyuruh kamu beriman
kepada Allah swt yang Maha Esa.
Apakah kamu mengerti apa dia yang dikatakan beriman kepada
Allah swt yang Maha Esa ".
Iaitu
penyaksian bahawa tiada tuhan
yang disembah melainkan Allah
swt yang Maha Esa, tiada sekutu
baginya, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat dan
menunaikan satu perlima
daripada harta rampasan
perang".
(Muttafaqun "alaih)
Hadis di atas menjelaskan betapa
adanya hubungan yang erat di
antara iman dan Islam di mana
Islam itu menjadi salah satu
daripada perinsip Iman dan Iman
pula dilahirkan melalui Islam secara amali, dengan iqrar
syahadah dan melaksanakan
hukum syariat dalam segala
amalan. Sekiranya berlaku iqrar
syahadah dan menunaikan
fardhu sedangkan hatinya tidak yakin atau tidak percaya serta
ragu-ragu terhadap hukum
hakam Allah swt maka seseorang
itu dihukum tidak beriman
walaupun masih dinamakan Islam
sebagaimana yang berlaku kepada sesetengah orang-orang
Badwi di zaman Rasulullah saw.
1. Mukadimah :
Rukun Iman ertinya kepercayaan dalam diri. Iman ertinya membenarkan Allah dan membenarkan Nabi Muhammad s.a.w , malaikat-malaikat, kitab kitab, hari kiamat dan juga qadha’ dan qadharNya. Ia merangkumi semua aspek kepercayaan dan kenyakinan adalah mu’min dan mu’minah. Kenyakinan itu adalah penting untuk menanamkan dalam jiwa, bukan sahaja dalam jiwa tapi juga dalam mengenali marifatullah. Bukan senang, untuk kita menjadi mukminin sejati, seperti adanya sabda Allah. Kenali dirimu kemudian kenali Allah. Ini membawa kita dalam berfikiran lebih mendalam untuk mendekati Allah dan percaya setiap apa yang disampaikan oleh Rasulullaah s.a.w
adalah benar. Allah kulli hal. Wallahualam.
Iman dan Islam tidak dapat dipisah, termasuk juga ehsan. Ini menjelaskan banyak perkara yang menjadikan kita berpegang teguh pada ajaran Islam. Islam ertinya tunduk dan patuh untuk menuruti segala yang disampaikan oleh Nabi Muhammad s.a.w dan setiap orang Islam haruslah patuh dengan apa yang dikerjakan dan mengakui Tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad adalah pesuruhnya. Bagi orang yang ingkar kebenaran agama Islam adalah termasuk orang yang kufur. Kufur bererti mengingkari kebenaran agama Islam dan tidak
mengaku kebenaran Allah dan segala ajaran Rasulullaah s.a.w.
2.1 Ada tiga perkara orang orang yang kufur dari petikan buku Pedoman Ilmu Tauhid tulisan Ustaz Haji Osman Jantan ialah :-
1. Riddah : ertinya terkeluar dari Islam. Orang yang terkeluar dari Islam ini dinamakan murtad. Apabila seseorang itu telah mengucapkan dua kalimah syahadah atau sesorang yang sudah beragama Islam, kemudian dilakukannya pula sesuatu yang menyebabkan kekafirannya, maka ia dikirakan telah terkeluar dari Islam.
2. Nifak ertinya lahirnya saja kelihatan ia Islam tetapi batinnya dan jiwanya tidak beriman.
3. Syirik: ertinya percaya Tuhan lebih dari satu, atau perbuatan mensekutukan Allah dengan perkara yang lain.
2.2 Dalam memperkatakan hukum terbagi pada tiga macam hukum dalam kepercayaan dan memperaktikan ajaran Islam iatu.

1. Hukum Syara’ ( syariah)
2. Hukum Akal ( Aqli )
3. Hukum Adat ( Adi )
Dalam hukum syara’ adalah termasuk dalam hukum Islam dan hukum akal adalah termasuk hukum iman yang perlu kita tahu terbagi kepada tiga bahagian iatu
1. wajib 2. mustahil 3. Jaiz ( harus).
Ketetapan dalam pengertian hukum akal adalah ketetapan atau keputusan yang dibuat oleh akal dengan jalan pemikiran.
Saya teringat kata Prof Dr Che’ Amnah seorang pensyarah dari U.I.A dalam subjek Aqidah yang saya ikuti salah satu modul kefahaman Aqidah mengatakan : Iqra’ bukan hanya baca tetapi menganalisa atau mengkaji, mencari ilmu, mendalami ilmu, memperaktikan ilmu dan juga kefahaman dalam jiwa kita. Dia pernah membuat diskusi terperinci dimana kefahaman adalah penting dalam mengenali Allah bukan hanya dengan nama nama dan sifat Allah sahaja tapi dalam mengenali hukum hukum syara’. Akal dan juga Aqli. Dalam kefahaman mengenali Allah jangan kurang dari 100% biarlah lebih dari itu.
Begitu juga Prof Dr Muhammad Solihin mengatakan kefahaman aqidah merupakan satu tanaman dan akar umbi dalam jiwa kita merangkumi dan memperaktikan dalam diri. Gunakan dan penyampaian aqidah menetapkan sesuatu yang lebih jelas untuk menyakinkan bahawa Allah itu Ada dan Maha Melihat. Dalam kehidupan yang sekian adanya kita lihat dari mata dan adanya tidak kelihatan, kita mula berfikir, siapa yang membuatnya kalau tidak ada yang lebih berkuasa dari segala galanya, iatu Allah subhanaallah ta’ala. Yakin adalah satu yang wajib dalam diri kita. Jangan ada curiga
dalam sesuatu hal dan berperasangka baiklah dengan Allah.
3.Pengertian Keimanan atau Aqidah:
Pengertian keimanan tersusun enam perkara iatu
1). Percayaan kepada allah :
percaya dengan nama-namanya yang mulia dan sifat-sifatNya yang tinggi lagi mulia juga pada keagungannya.
2). Percaya pada malaikat :
adanya malaikat sebagai tugas kepadaNya untuk manusia. Setiap
tugas malaikat itu adalah kepentingan kepercayaan yang mereka ada disekeliling kita, walaupun kita tidak dapat dalam mata kasar.
3). Percaya dengan kitab-kitabnya :
yang diturunkan olehNya pada para rasul. Kepentingannya ialah dijadikan sebagai batas untuk mengetahui antara yang hak dengan yang batil, yang baik dan yang jelek, yang halal dan juga yang haram, yang bagus dan juga yang buruk.
4). Percaya dengan nabi-nabi serta rasul-rasulnya :
yang dipilih olehNya untuk menjadikan pembimbing kearah petunjuk serta pemimpin seluruh umat.
5). Percaya dengan hari kiamat :
yang terjadi di saat itu kebangkitan darikubur (hidup sesudah mati) memperoleh balasan, pahala atau siksa, syurga atau juga neraka.
6). Percaya dengan takdir (qadha dan qadar) :
yang di atas landasannya itulah berjalan peraturan segala yang ada di alam semesta ini, aik dalam penciptaan atau cara mengaturnya.
Pengertian aqidah ini sebagai wasiat dalam kepercayaan yang harus dipupuk didalam jiwa dan apa juga keadaannya, bahawasanya Allah itu wujud, malaikat itu juga ada, kitab kitab Allah sebagai panduan, Nabi-nabi dan Rasul-rasul sebagai pembimbing umat, kiamat itu ada dan akan berlaku bila tiba waktunya dan akhir sekali qadha dan qadar segala musibah buruk dan baiknya Allah berikan, diterima dengan redha.
Seperti dalam surah Asy- syura:13:
“ Allah telah mensyariatkan agama untukmu semua iatu yang diwasiatkan kepada Nuh yang Kami wahyukan padamu, juga yang Kami wasiatkan kepada Ibrahim, Musa dan Isa, Hendaklah kamu semua menegakkan agama itu dan jangan berselisih di dalam melaksanakanNya”
Jelaslah dari ayat di atas bahawa yang disyariatkan oleh Allah ta’alah kepada kita itu adalah sebagaimana yang pernah diwasiatkan kepada Rasul- rasulnya yang dahulu-dahulu, yakni agama yang merupakan pokok-pokok aqidah dan tiang- tiang atau rukun rukun keimanan. Jadi bukannya cabang-
cabangnya agama atau syariat- syariatnya yang berupa amalan. Sebabnya ialah kerana setiap ummat itu tentu memiliki syariat- syariat amaliah yang sesuai dengan keadaan mereka sendiri, hal –ehwal serta jalan fikiran serta kerohanian mereka itu pula.
Hal ini terang disebutkan dalam firman Allah Ta’ala dalam surah Al maidah:48
“ Untuk masing-masing dari kamu semua itu Kami buatkan aturan dan jalan ( yang harus ditempuhnya)”
dari rujukan buku Akidah Islam: Pola Hidup Manusia Beriman tulisan Sayid Sabiq mukasurat 8 & 9.
4.Faedah yang akan diperoleh orang yang menguasai Aqidah Islamiyah adalah:
4.1 Membebaskan dirinya dari ubudiyah / penghambaan kepada
selain Allah, baik bentuknya
kekuasaan, harta,
pimpinan maupun lainnya.
4.2 Membentuk pribadi yang seimbang yaitu selalu kepada
Allah baik dalam keadaan suka
maupun duka.
4.3. Dia merasa aman dari berbagai macam rasa takut dan
cemas. Takut kepada kurang
rizki, terhadap jiwa, harta,
keluarga, jin dan seluruh manusia
termasuk takut mati. Sehingga
dia penuh tawakkal kepada Allah.
4.4. Aqidah memberikan kekuatan
kepada jiwa , sekokoh gunung.
Dia hanya berharap kepada Allah
dan ridho terhadap
segala ketentuan Allah.
4.5. Aqidah Islamiyah adalah asas persaudaraan / ukhuwah
dan persamaan. Tidak beda
antara miskin dan kaya,
antara pinter dan bodoh, antar
pejabat dan rakyat jelata,
antara kulit putih dan hitam dan antara Arab dan
bukan, kecuali takwanya disisi
Allah SWT.
Oleh ust ;Farid Achmad Okbah dari buku Aqidah Islamiyah terbitan Indonesia
5. Penjelasan :
Orang Muslim beriman bahwa Allah Ta'ala menyukai amal perbuatan yang paling shalih, dan paling baik. Dia mencintai hamba-hamba-Nya yang shalilh dan menyuruh mereka mendekat kepada-Nya, mencari kecintaan kepada-Nya, dan mencari perantaraan kepada-Nya. Oleh karena itu, orang Muslim bertaqarrub (mendekat) kepada Allah Ta'ala dengan amal perbuatan yang shalih, dan perkataan-perkatan yang baik. Ia meminta kepada Allah Ta'ala dan mendekat kepada-Nya dengan Asmaul Husna-Nya, sifat- sifat-Nya yang maha tinggi, beriman kepada-Nya dan Rasul- Nya, mencintai-Nya dan mencintai Rasul-Nya, mencintai orang- orang shalih, dan mencintai seluruh kaum mukminin. Ia mendekat kepada Allah Ta'ala dengan ibadah-ibadah seperti shalat, zakat, puasa, haji dan ibadah-ibadah sunnah. Ia juga mendekat kepada Allah Ta'ala dengan meninggalkan hal-hal haram, dan menjauhi larangan- larangan. Ia tidak meminta kepada Allah Ta'ala dengan kedudukan salah seorang dari manusia, atau dengan amal perbuatan salah seorang dari hamba-hamba-Nya. Karena kedudukan seseorang itu bukan karena usahanya, dan amal perbuatan seseorang itu bukan berasal dari amal perbuatannya, sehingga ia harus meminta kepada Allah Ta'ala dengannya, atau mempersembahkan perantaraan di depan-Nya dengannya. Allah Ta'ala tidak menyuruh hamba-hamba-Nya bertaqarrub (mendekat) kepada-Nya dengan selain amal perbuatan mereka, dan selain kebersihan ruhani mereka, namun dengan iman, dan
amal shalih, karena dalil-dalil wahyu. Dalam mempertingkatkan diri kita
pada kepercayaan, kita juga boleh menjauhi syirik dan sikap takabur juga riak. Kerana kita nyakin, tiada yang berkuasa melainNya. Dan kita nyakin bahawasanya apa yang kita miliki adalah pinjaman semata mata. Pembentukkan kepercayaan adalah bermula pada diri kita sendiri. Pengertian mengenali diri, kemudian ketuhanan dan seterusnya. Dalam penjelasan aqidah iatu rukun islam merupakan satu kemestian dalam
kehidupan kita. Banyak yang perlu kita cari, tidak semestinya dengan fahaman enam perkara tapi setiap kepercayaan dari pertama iatu kepercaya adanya tuhan aitu Allah ta’ala adalah kemestian. Dia yang menjadikan Alam, oxygen, dan segala apa yang ada dilangit dan dimuka bumi. Setiap apa yang tersembunyi dan kelihatan. Itu adalah satu kajian dan penyelidikan yang harus kita fahami dan mencari. Begitu juga para malaikat. Bukan sahaja berapa jumlah yang ada, tapi tugasan mereka dan juga setiap apa yang mereka lakukan termasuk kenapa Allah jadikan malaikat untuk manusia. Itu juga harus difahami. Seperti firman Allah: "Miraj yang dilalui oleh malaikat- malaikat dan Jibril ke pusat pemerintahanNya (menerima dan menyempurkan tugas) pada satu hari tempohnya lima puluh ribu tahun".
(al-Ma"rij : 4) Dan firman Allah lagi: "Segala puji bagi Allah swt yang
menciptakan langit dan bumi,
yang menjadikan maalaikat
utusan-utusan yang brsayap
dua, tiga dan empat". (al-Fath :
1) Para Rasul-Rasul Allah. Tujuan
Allah tugaskan mereka untuk
apa? Kenapa mesti sampaikan
kepada umat umatnya dan
sebagainya. Kerana setiap
manusia perlu ada pembimbing dan guru kalau tanpa mereka,
ilmu itu tidak dapat disampaikan.
Begitu juga dengan setiap
kalamuallah. Kepercayaan kita
kepada kitab kitab, pada zaman
Rasulullah s.a.w mereka ( orang jahiliah) pada zaman itu
mengakui, Al Quran itu bukan
dari penulisan Manusia, ia
datangnya dari Kalamuallah iatu
kalam Allah. Satu lagi contoh
yang paling kuat adalah datangnya dari sikap dan akhlaq
Rasulullaah s.a.w yang jujur.
Kemudian kejadian hari kiamat
dan hari pembalasan juga jelas
adanya hari kesudahannya
dimana kita akan dikumpulkan di Yaumil Masyar dalam
penghitungan. Akhir sekali
tentang Qadha dan Qadhar Allah.
Allah menduga bukan sahaja
orang orang yang beriman
kepadaNya juga termasuk yang kafir. Allah mahu melihat kepada
siapa kita kembali pada saat
kebutuhan. Dan Allah juga
menciptakan kesabaran pada
hamba hambaNya. Samada kita
patuh atau tidak. Semua itu ada penjelasannya. Allah sentiasa
nantikan jawapan hamba
hambanya. Begitu juga pengalaman saya dalam perbincangan dengan non- believer mereka menjelaskan tentang keesaan ketuhanan mereka dan juga menjelaskan berapa perkara yang sebenarnya mereka sendiri keliru. Bila saya bertanya siapa bapa kepada Isa a.s dan siapa bapa kepada bapanya itu, mereka tidak dapat menjawapnya. Kemudian saya teringat akan firman Allah dalam surah Al ikhlas berbunyi begini: "Katakanlah (wahai Muhammad)
Dialah Allah swt yang Maha Esa.
Allah swt tempat meminta
(tumpuan). Dia tidak beranak dan
tidak diperanakkan. Dan tidak
ada sesuatupun yang menyerupaiNya".
(al-Ikhlas : 1-4) Saya membuat mereka berfikir
tentang firman dan surah al
ikhlas dan selang berapa minggu
mereka ingin mengenali agama
Islam di Darul Arqam. Disitulah
bermulanya tegak aqidah mereka terhadap Allah dan terus
memeluk agama Islam. Begitu juga
pengalaman saya berkawan
dengan free-thinker. Ujaran
mereka seperti setiap apa yang
berlaku sudah semulajadi. Tiba tiba terjadi hal yang luar dugaan
pada saya. Dia tertumpah kopi
diatas meja terus menyebut oh
my god. Saya tersenyum,
akhirnya anda menyebut God
sedangkan anda tidak percaya adanya Allah. Wajahnya berubah,
dan kini dia adalah seorang yang
taat dalam agama Islam.
Perubahan itu jelas terpancar
diwajahnya bila dia menyelami
ilmu Tauhid. Kepentingan ilmu tauhid ini penting. Seperti tajuk yang saya pilih pengertian rukun islam mengenali allah ( marifatullah) dan sebagainya. Bukanlah sekadar itu sahaja, tapi banyak perkara dan untuk dijadikan contoh dari sejarah sejarah zaman tamadunnya dan kejatuhan tamadun islam. Pada zaman tamadunnya Islam banyak yang terletak dan kekuatan aqidah dalam diri masing masing dan kejatuhan tamadun pula berpunca pada aqidah yang bertukar kepada kekuasaan politik. Kemenangan aqidah dalam jiwa kita adalah satu kemenang berjihad menuju ke jalan Allah dengan bertawakal dan bertawaduk kepadaNya. Dia banyak memberi kita gambaran dalam Al Quran dan begitu Rasulullah s.a.w berfirman dalam hadis mengenali kepercayaan dan
keimanan. Tiga perkara penting dalam kehidupan adalah 1. Ehsan 2. Iman 3. Taqwa Adanya ketiga tiga itu, cukup untuk kita melakukan setiap apa yang diperintah olehNya. Allah maha penyayang dan maha pengasihi. Ehsan adalah melakukan segala kebaikan dan saling sayang menyayangi yang menjadikan diri sebagai fitrah kehidupan yang perlu ada dalam diri kita. Sebenarnya adanya ehsan sudah terpancar didalam perut ibu lagi. Begitulah kita lahir dapat belaian dan kasih sayang dari situ kita mengenal erti keehsanan yang sepatutnya kita pupukkan dalam diri kita sendiri. Iman, iman seperti yang saya jelaskan di atas mengenal kepercayaan dan bukti bukti juga berapa contoh yang tertulis. Begitu juga dengan taqwa merangkumi semua aspek ibadah dan sebagainya. Satu lagi sedang aqidah yang ingin saya ketengahan pada mereka yang syirik menduakan Allah atau percaya pada sesuatu selain dari Allah. Meminta tolong pada bomoh dan jin untuk mendapat kemenangan dalam diri mereka adalah berdosa besar. Boleh termasuk dalam golongan orang yang dimungkari Allah.
Saranan :
Akidah Islam yang ada dalam hati umat Islam kini mungkin tidak begitu mantap menyebabkan mereka tidak dapat mencapai kegemilangan sebagaimana umat Islam di zaman Nabi saw dan para Sahabat. Umat Islam pada hari ini begitu rapuh akidahnya. Lantaran itu mereka amat mudah terpengaruh dengan berbagai-bagai unsur negatif. Kemunduran umat Islam kini kerana mereka semakin jauh dari
menghayati Akidah Islam yang sebenar. Ingin saya sarankan untuk kepentingan mempertingkatkan diri dalam keimanan, menyelami, mendalami, penyelidikan dan tambahkan ilmu dalam Ilmu Tauhid
ini penting untuk semua golongan
terutama golongan muda bermula dari bila pandai bertutur. Perlu memupukkan kepercayaan pada anak anak kecil sehinggalah golongan dewasa. Kepentingan ini wajib untuk membaiki diri dari semasa ke semasa. Seperti firman Allah:
"Dia menciptakan beberapa langit tanpa tiang yang kamu lihat, dan Dia mengadakan gunung-ganang di muka bumi supaya jangan ia bergoyang-goyang bersama kamu dan Dia menyebarkan di muka bumi bermacam-macam haiwan. Kami turunkan air hujan dari langit lalu Kami tumbuhkan di
muka bumi bermacam-macam tumbuhan yang baik".
(Luqman 31:10)
Dan firman Allah dalam kepentingan dalam Aqidah keimanan : "Rasulullah telah beriman kepada
apa yang diturunkan kepadanya
dari Tuhannya, dan juga orang
yang beriman, semuanya beriman
kepada Allah swt, Malaikat-
MalaikatNya, Kitab-KitabNya dan Rasul-RasulNya".
(al-Baqarah : 285)
Semoga kita mendapat manfaatkan untuk dunia dan akhirat dan tidak putus untuk kita diberikan hidayah dariNya. Terima kasih.
Sumber :-Sarqina Multiply

Rukun iman
Rukun Iman ada enam (6)
perkara :
1. Beriman kepada ALLAH swt
2. Beriman kepada Malaikat
3. Beriman kepada Kitab
4. Beriman kepada Rasul
5. Beriman kepada Hari kiamat
6. Beriman kepada Qada dan Qadar

Wassalam
Kembali ke
DAFTAR FILE